Pengguna
  • 6.3
  •  
Softonic
  • 9
  •  
Lesen:
Versi percubaan
Bahasa:
Bahasa Inggeris
OS:
  • Windows XP
  • Windows Vista
  • Windows 7
  • Windows 8
Versi terbaru:
20102010-09-22
Muat turun bulan lepas:
2,797,176
Saiz:
725.88 MB
Pembangun:

Aplikasi lembaran agung Microsoft

Microsoft Excel 2010 ialah versi terbaru aplikasi spreadsheet yang popular.

Dengan perkongsian spreadsheet, Microsoft Excel ialah cara yang ideal untuk berkongsi, mengurus dan menganalisis maklumat. Microsoft Excel versi ini mempunyai akses dipertingkatkan, daripada muka yang bersih hingga kegunaan yang lebih baik. Antara muka reben menyebabkan kontroversi apabila mula diperkenalkan, tetapi lebih mudah untuk pemula mengemudi, kerana anda kini boleh melihat semua pilihan dan tidak tersembunyi di dalam menu.

Itu bukan bermakna aplikasi ini lebih mudah dipelajari. Microsoft Excel masih agak menakutkan kepada pemula, walaupun ia mengandungi banyak templat yang membantu pengguna mengendalikannya dengan lebih baik. Salah satu ciri baru terbaik ialah kebolehan untuk memulihkan lembaran yang anda tutup secara tidak sengaja. Oleh itu, kini lebih mudah untuk membetulkan kesilapan. Graf dan grafik yang anda boleh tambah ke jadual anda juga lebih baik.

Berkongsi data juga mudah, kerana anda boleh menggunakan web app Microsoft Excel, yang membolehkan sesiapa yang dijemput melihat atau mengedit lembaran anda. Terdapat juga versi mudah alih supaya anda boleh mengakses lembaran ketika sedang bergerak.

Microsoft Excel menetapkan standard dalam perisian lembaran. Ia sebahagian daripada Microsoft Office 2010, yang juga mengandungi aplikasi-apllikasi utama lain seperti Microsoft Word dan PowerPoint. Ia sangat berkuasa, dan walaupun perlu banyak belajar untuk menggarap semua faedah, sesiapa sahaja boleh menghasilkan persembahan yang sangat menarik dengan data yang mereka masukkan ke dalam lembaran Excel.

Microsoft Excel 2010 penting untuk orang ramai di tempat kerja, dan tiada satu pun aplikasi lembaran yang lebih baik.

Bagus
  • Kebolehgunaan dan persembahan yang lebih baik
  • Grafik baru
  • Perkongsian dan kerja kumpulan yang mudah
Tidak bagus
  • Masih mencabar kepada pemula

Muat turun: Paling Banyak Suit Produktiviti

  1. Microsoft Office 2010

    Suit produktiviti unggul

  2. Microsoft Word
  3. SPSS
  4. Microsoft Excel
  5. Microsoft Office 2010